Make your own free website on Tripod.com
Biodata Ustaz Rasul DahriAnda bertanya Ustaz menjawabKoleksi link-link IslamiReferensi kitab-kitab rujukanHubungi webmasterHomepage
 

Islam merupakan satu agama sejagat dan sempurna bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT. Namun, ditengah-tengah berkembangnya ajaran yang suci ini, unsur-unsur negatif yang bukan dari ajaran Islam telah diselitkan dan disandarkan kepadanya. Walaupun ia dipandang baik, belum pasti ia adalah sesuatu yang benar. Tetapi, kebenaran sudah pasti ada baiknya. Sesuatu yang baru atau inovasi didalam agama, akan menjatuhkan kemurnian Islam itu sendiri. Oleh sebab itu manusia perlu merawat jiwanya dengan akidah Islamiyah melalui tazkiyah kerana tazkiyah mengembalikan segala persoalan kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk diselesaikannya.


Mudah-mudahan, lelaman ini dapat mencapai objektifnya dan menyempurnakan tujuan muamalah dan ubudiyah yang sahih sebagaimana yang dikehendaki oleh Khalik ke atas hamba-Nya yang beriman dan bertakwa. Semoga segala usaha yang tulus ini, akan dapat memberi manfaat kepada semua, lebih-lebih lagi kepada Ustaz Rasul Dahri yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk meneruskan perjuangan beliau demi mencari keredaan Allah SWT semata-mata.

" Pada hari ini, telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu,
dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat Ku,
dan telah Ku redai Islam itu jadi agama bagimu"
Al-Maaidah 5 : 3

Hak Cipta Terpelihara @ Ibnunaem 2002