|
|||
Salah Faham K.H. Sirajuddin Abbas Terhadap Ibn Taimiyah Dalam Bukunya "Iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah" | |||
Kertas
kerja ini telah dibentang dan dikulliahkan di beberapa masjid di Perlis,
di Selangor, di Johor, di Pulau Pinang dan di Pertubuhan Muhammadiyah
Singapura. Pada mulanya kertas
kerja ini ditulis, dibentang dan dikulliahkan atas permintaan beberapa
orang ulama Perlis yang membantah tuduhan Sirajuddin Abbas di dalam
bukunya “Iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah”.
Yang mana di dalam buku tersebut termuat beberapa fitnah, tuduhan
yang tidak berasas, palsu, keterlaluan dan liar terhadap Syeikhul Islam
Ibn Taimiyah rahimahullah.
Semoga kertas kerja yang serba ringkas ini mampu memberi jawapan secara ilmiyah kepada mereka yang selama ini mempersoalkan atau tersalah anggap terhadap akidah Syeikhul Islam Ibn Taimiyah, kerana pada hakikatnya beliau amat berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengikut manhaj ulama Salaf as-Soleh. بِسْـــمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْمِ اِنَّ
الْحَمْدَ للهِ
، نَحْمَدُهُ
وَنَسْتَعِيْنُهُ
وَنَسْتَغْفِرُهُ
، وَنَعُوْذُ
بِاللهِ مِنْ
شَرُوْرِ اَنْفُسِنَا
، وَمِنْ سَيِّئَاتِ
اَعْمَالِنَا
، مَنْ يَهْدِهِ
اللهُ فَلاَمُضِلَّ
لَهُ ، وَمَنْ
يُضْلِلْ فَلاَهَدِيَ
لَهُ ، وَاَشْهَدُ
اَنْ لاَ اِلَهَ
اِلاَّ اللهُ
وَحْدَهُ لاَ
شَرِيْكَ لَهُ
، وَاَشْهَدُ
اَنَّ مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
. {يَااَيُّهَا
الَّذِيْنَ
آمَنُوْا اتَّقُوْا
اللهَ حَقَّ
تُقَاتِهِ وَلاَ
تَمُوْتَنَّ
اِلاَّ وَاَنْتُمْ
مُسْلِمُوْنَ}
. اَمَّا بَعْدُهُ: Salah
Faham K.H. Sirajuddin Abbas Terhadap
Ibn Taimiyah Dalam Bukunya “Iktiqad
Ahli Sunnah Wal-Jamaah” Ibn
Taimiyah adalah seorang ulama besar, mujahid (berjuang dengan pedang,
tulisan dan jiwa raganya), mujaddid (refomis) dan diberi julukan sebagai
Syeikhul Islam oleh para ulama Salaf as-Soleh.
Nama penuh beliau ialah Taqiyudin Abul Abbas Ahmad as-Syeikh Syihabudddin
Abi al-Mohsin Abdulhalim ibn Syeikhul Islam Majdudin Abil Barakat Abdussalam
Ibn Abi Muhammad Abdullah bin Abi al-Qasim al-Khadar bin Muhammad bin
al-Khadar bin Ali bin Abdullah Ibn Taimiyah al-Harrani yang dinasabkan
kepada Al-Harran di Negeri Syam.[1] Ibn
Taimiyah dilahirkan di Harran pada 590H.
Menghafal al-Quran al-Karim, mendalami hadis dari pamannya Fahruddin
dan beberapa orang ulama sehingga menjadi penghafal hadis (Ahli Hadis).
Belayar mencari ilmu hingga ke Bagdad ibu negeri Khalifah Abbassiyah
pada tahun 603H dan wafat pada 672H. di Bagdad.[2] Ibn Taimiyah diiktiraf keilmuannya oleh para ulama Islam di serata dunia sehinggalah ke hari ini. Menghasilkan ratusan kitab yang tidak dipertikaikan dan mendapat pujian dari az-Zahabi rahimahullah: "Setiap hadis yang tidak diketahui oleh Ibn Taimiyah maka dia bukanlah hadis".[3] Di segi ilmu, beliau menerima dan mengguna pakai dalam fatwa-fatwanya ilmu-ilmu dari kesemua ulama Salaf terutamanya dari imam mazhab yang empat, dari pembesar hadis seperti Bukhari, Syafie, Tabari, al-Asbahani, al-Lalakai, Ibn Khuzaimah[4] (dan yang lain-lainnya). Keilmuan
Ibn Taimiyah terbukti telah diiktiraf (diakui kebenarannya) oleh para
ulama Nusantara termasuklah oleh pakar-pakar rujuk Pusat Islam Malaysia
dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sebagai contoh: 1.
Prof. Dr. Abdulfatah Harun Ibrahim dari Jabatan Usuluddin dan Falsafah,
Fakulti Pengajian Islam UKM sebagaimana yang terdapat dalam
nukilan takhrij hadis daripada Ibn Taimiyah dalam risalah "Martabat
Tujuh Tajjali (Penampakan) Allah Melalui Tujuh Martabat (Lapisan).
Risalah ini diterbitkan oleh JAKIM.
Lihat cetakan pertama. l998. Hlm. 4. 2.
Risalah Mengenal Hadis Maudhu' oleh penel Bahagian Penyelidikan
Islam, Jakim. Cetakan pertama. l998. Hlm 55-71. Wan Subki Wan Salleh.
Kolej JAIPETRA, Kelantan
dalam artikel "Usaha-Usaha Ulama Mendedahkan Hadis Palsu". 3.
Al-Hadis al-Qussos, susunan Ibn Taimiyah dijadikan sebagai kitab
rujukan dalam membongkar hadis-hadis palsu yang terbesar di kalangan umat
Islam (Risalah: Mengenal
Hadis Maudhu' oleh Penel Bahagian Penyelidikan Islam, JAKIM. Cetakan pertama.
l998. Hlm. 20. 4.
Anak murid Ibn Taimiyah yang terkenal seperti Ibn Kathir dan Ibn
Qaiyim al-Jauzi diiktiraf sebagai ulama tafsir dan akidah oleh masyarakat
Islam Malaysia. Contohnya:
Prof. Madya Dr. Huda @ Udah bin Mohsin, UKM menukil dalam rujukan
nota kakinya dari kitab tulisan Ibn Qaiyim al-Jauzi.
Lihat: "CONTOH-CONTOH
HADITH PALSU". Hlm.
43. Sememangnya
penulis merasakan amat berkewajipan dan perlu menulis, membentang dan
mengenengahkan kertas kerja ini lantaran permintaan dari beberapa orang
yang telah membaca buku K.H Sirajuddin Abbas: "Akidah Ahli Sunnah
Wal-Jamaah". Terutama
para ulama dari Negeri Perlis yang amat peka dengan mereka yang memusuhi
dan ingin menghancurkan amalan dan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang
berpegang dengan manhaj Salaf as-Soleh.
Mereka meminta agar penulis mengkoreksi beberapa kesilapan K.H
Sirajuddin Abbas tentang fitnah dan tuduhannya terhadap pejuang sunnah
iaitu Syeikhul Islam Ibn Taimiyah yang dimuatkan di dalam buku beliau.
Di
dalam kertas kerja ini, penulis mencuba sedaya upaya membetulkan tuduhan
dan fitnah tersebut. Diharap para Muslimin/Muslimat terutama yang mengikuti
kulliah atau menghadiri pembentangan kertas kerja ini serta para pembaca
yang budiman dapat sama-sama membuka minda dan berlapang dada dengan rasa
keikhlasan supaya mendapat manfaat dari pengkoreksian ini. Tuduhan
K.H. Sirajuddin (1) K.H.
Sirajuddin dengan mudah menghukum sesat Syeikhul Islam Ibn Taimiyah mungkin
lantaran ketidak fahaman, belum membaca atau tidak meneliti dengan cermat
kitab-kitab Syeikhul Islam Ibn Taimiyah, sehingga penjelasan beliau yang
berdasarkan al-Quran, hadis, athar yang sahih serta fatwa para ulama muktabar
bahawa Tuhan mempunyai muka, tangan, mata, rusuk dan bersemayam (istiwa),
semuanya itu tidak pernah mencernai lubuk hati K.H. Sirajuddin, lantas
beliau menyesatkan Ibn Taimiyah dan pastinya menyesatkan juga semua ulama
Salaf as-Soleh yang sefahaman dengan Ibn Taimiyah.
K.H.
Sirajuddin juga menyesatkan Ibn Taimiyah kerana beliau menyatakan bahawa
Tuhan (Allah) berada di langit atau bertempat, boleh ditunjuk dengan anak
jari ke atas, Tuhan mempunyai jari, mempunyai tangan, mempunyai tumit
kaki, mempunyai tangan kanan, mempunyai nafas, turun-naik dan Tuhan itu
"masa". Bersebab
dari kenyataannya ini maka K.H. Sirajuddin menamakan Ibn Taimiyah sebagai
kaum Mujassimiyah atau Musyabbihah yang sesat.[5] Penjelasan
(1) Pada hakikatnya bukan Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah seorang sahaja yang menyatakan bahawa Tuhan mempunyai muka, mempunyai tangan, mempunyai mata, mempunyai jari, berada di langit (bertempat) serta mempunyai sifat-sifat lain yang paling sempurna dan layak bagiNya, oleh itu beliau tidak boleh dihukum sesat oleh K. H. Sirajuddin dan oleh mereka yang terpengaruh dengan fahaman K.H. Sirajuddin. Dalam
hal ini, fahaman, pegangan dan amalan Ibn Taimiyah adalah berdasarkan
fahaman para sahabat, tabi'in, tabi’ut at-tabi’in dan semua para ulama
Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh, kerana kenyataannya
beliau bersefahaman, sependapat dan seakidah dengan mereka.
Antara mereka yang jelas semanhaj (sefahaman dan seakidah) dengan
Syeikhul Islam Ibn Taimiyah ialah:
(1). Imam al-Auza'ii
yang dianggap Imam ahli Syam di zamannya.
Beliau telah menegaskan: كُنَّا
وَالتَّابَعُوْنَ
مُتَوَافِرُوْنَ
نَقُوْلُ : انَّ
اللهَ عَلَى
عَرْشِهِ وَنُؤْمِنُ
بِمَا وَرَدَتْ
بِهِ السُنَّةَ
مِنْ صِفَاتِ
اللهِ تَعَالَى. "Kami
dan para Tabi'in semuanya menetapkan dengan kesepakatan qaul kami bahawa:
Sesungguhnya Allah di atas 'ArasyNya dan kami beriman
dengan apa yang telah dinyatakan oleh Sunnah berkenaan sifat-sifat Allah
Taala".[6]
(2).
Imam Abu Hasan Al-Asy'ari rahimahullah, yang dikenali sebagai Imam
Ahli sunnah wal-Jamaah, beliau telah menegaskan bahawa al-Quran
bukan makhluk dan diturunkan oleh Allah yang berada di langit dan
beliau seterusnya menjelaskan: "Allah
mempunyai sifat, mempunyai tangan, bersemayam di atas ArasyNya dan mempunyai
muka. Al-Quran itu Kalamullah
bukan makhluk dan al-Quran diturunkan dari langit".[7]
(3). Imam as-Syafie rahimahullah menjelaskan (sebagaimana
yang diriwayatkan oleh Abi Talib setelah beliau ditanya tentang sifat
Allah): وَاَنَّ
لَهُ يَدَيْنِ
بَقَوْلِهِ
عَزَّ وَجَلَّ
(بَلْ يَدَاهُ
مَبْسُوْطَتَانِ)
وَاَنَّ لَهُ
يَمِيْنًا بِقَوْلِهِ
عَزَّ وَجَلَّ
(وَالسَّمَوَاتُ
مَطْوِيَات
بِيَمِيْنِهِ)
وَاَنَّ لَهُ
وَجْهًا بِقَوْلِهِ
(كُلُّ شَيْءٍ
هَالِكٌ اِلاَّ
وَجْهَه)...وَاَنَّ
لَهُ قَدَمًا
بِقَوْلِهِ
صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمِ
(حَتَّى يَضَعَ
عَزَّ وَجَلَّ
فِيْهَا قَدمَهُ)...
وَاَنَّ لَهُ
اُصْبُعًا بِقَوْلِهِ
صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
(مَا مِنْ قَلْبٍ
اِلاَّ هُوَ
بَيْنَ اُصْبُعَيْنِ
مِنْ اَصَابِعِ
الرَّحْمَن)....
نُثبِتُ هَذِهِ
الصِّفَات وَنَنفِي
التَّشْبِيْه
كَمَا نفِى ذَلِكَ
عَنْ نَفْسِهِ
تَعَالَى ذِكْرُهُ
فَقَالَ (لَيْسَ
كَمِثْلِهِ
شَيْءٌ وَهُوَ
السَّمِيْعُ
الْبَصِيْرُ).
Beliau
(Imam Syafie) seterusnya menjelaskan: "Dan
Allah Ta'ala di atas 'ArasyNya (Dan 'ArasyNya) di langit".[9]
Imam
Syafie seterusnya menjelaskan lagi:
Imam
Syafie telah menjelaskan juga tentang turun naiknya Allah: وَاَنَّهُ
يَهْبِطُ كُلَّ
لَيْلَةٍ اِلَى
السَّمَاءِ
الدُّنْيَا
بِخَبَرِ رَسُوْلِ
اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ. "Sesungguhnya
Dia (Allah) turun setiap malam ke langit dunia (sebagaimana) menurut khabar
dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam".[11] Imam
Syafie dan Ibn Taimiyah, mereka berdua ada kesepakatannya dalam meyakini
tentang turun-naiknya Allah. Mereka
berlandaskan kepada sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: يَنْزِلُ
رَبُّنَا اِلَى
السَّمَاءِ
الدُّنْيَا
كُلَّ لَيْلَةٍ
حِيْنَ يَبْقَى
ثُلُثُ اللَّيْلِ
الآخِرِ فَيَقُوْلُ
: مَنْ يَدْعُوْنِي
فَاَسْتَجِيْبَ
لَهُ ، مَنْ يَسْاَلُنِيْ
فَاعْطِيْهِ
، مَنْ يَسْتَغفرُنِيْ
فَاَغْفِرلَهُ. "Tuhan
kita turun ke langit dunia pada setiap malam apabila sampai ke satu pertiga
dari akhir malam, maka Ia berfirman: Sesiapa yang berdoa akan Aku perkenankan,
sesiapa yang meminta akan Aku tunaikan dan sesiapa yang meminta keampunan
akan Aku ampunkan".[12] (4).
Abdullah bin al-Mubarak rahimahullah ketika ditanya tentang
bagaimana untuk kita mengetahui di mana Allah?
Beliau menyatakan: وَقِيْلَ
لِعَبْدِ اللهِ
بْنِ الْمُبَارَكِ
: كَيْفَ نَعْرِفُ
رَبَّنَا ؟ قَالَ
: بَاَنَّهُ فَوْقَ
السَّمَآءِ
السَابِعَةِ
عَلَى الْعَرْشِ "Ketika
ditanyakan kepada Abdullah bin al-Mubarak:
Bagaimana kita boleh mengetahui di mana Tuhan kita?
Beliau menjawab: Dengan mengetahui bahawa Dia di atas langit ketujuh di atas
Arasy".[13]
Di sebuah hadis sahih, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam
mengakui dan menerima penjelasan seorang hamba bahawa Allah itu di
langit, tetapi kita tidak tahu bagaimana K.H Sirajuddin boleh menolak
hakikat dan kenyataan hadis sahih ini: قَالَ
مُعَاوِيَةُ
بْنُ حَكَمُ
السُّلَمِي
: وَكَانَتْ لِيْ
جَارِيَةٌ تَرْعَى
غَنَمًا لِيْ
اُحُدٍ وَالْجُوَانِيَةِ
فَاطَّلَعْتُ
ذَاتَ يَوْمٍ
فَاِذَا بَالذِّئْبِ
قَدْ ذَهَبَ
بِشَاةٍ مِنْ
غَنَمِهَا وَاَنَا
رَجُلٌ مِنْ
بَنِيْ آدَمَ
اَسَفَ كَمَا
يَاْسِفُوْنَ
. لَكِنَّيْ صَكَكْتُهَا
صَكَّةً فَاَتَيْتُ
رَسُوْلَ اللهِ
صَلَّىاللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَعَظَّمَ ذَلِكَ
عَلَيَّ . قُلْتُ
يَارَسُوْلَ
اللهِ اَفَلاَ
اَعْتِقُهَا
؟ قَالَ : اِئْتِنِيْ
بِهَا . فَقَالَ
لَهَا : اَيْنَ
اللهُ ؟ قَالَتْ
: فِى السَّمَاءِ
. قَالَ : مَنْ اَنَا
؟ قَالَتْ : اَنْتَ
رَسُوْلُ اللهِ
. قَالَ : اَعْتِقُهَا
فِاِنَّهَا
مُؤْمِنَةٌ. "Berkata
Muawiyah bin Hakam as-Sulami: Aku
memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan
Uhud dan Juwainiyah. Pada
suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor
kambing gembalaannya. Sedang
aku termasuk seorang anak Adam kebanyakan.
Maka aku mengeluh sebagaimana mereka.
Kerananya wanita itu aku pukul dan aku marahi.
Kemudian aku menghadap Rasulullah, maka baginda mempersalahkan
aku., Aku berkata:
Wahai Rasulullah! Adakah aku harus memerdekakannya"
Jawab Rasullullah: Bawalah
wanita itu ke sini. Maka
Rasulullah bertanya kepada wanita itu.
Di mana Allah" Dijawabnya:
Di langit. Rasullullah
bertanya lagi: Siapa aku"
Dijawabnya: Engkau
Rasullullah. Maka baginda
bersabda: Merdekakanlah wanita
ini, kerana dia adalah seorang mukminah".[14]
Dalam satu riwayat hadis mutaffaq 'alihi, bahawa
Allah itu "ad-Dahr" atau "masa".
Namun, bagaimana K.H. Sirajuddin Abbas menafikannya.
Sabda Rasulullah ini: لاَ
تَسُبُّوْا
الدَّهْرَ فَاِنَّ
اللهَ هُوَ الدَّهْرُ. "Janganlah kamu maki ad-dahr (masa), kerana sesungguhnya Allah itu adalah Masa"[15] Tuduhan
K.H. Sirajuddin (2) Tanpa
fakta yang konkrit dan betul K.H. Sirajuddin cuba menuduh dan terus memfitnahkan
bahawa beliau (Syeikhul Islam Ibn Taimiyah) terpengaruh dengan fahaman
kaum Musyabbihah dan Mujassimiyah yang sesat, kerana kononnya Ibn Taimiyah
menyerupakan Tuhan dengan makhlukNya.
Tuduhan dan fitnah K.H. Sirajuddin ini telah mempengaruhi ramai
kaum muslimin yang jahil tentang siapakah Syeikhul Islam Ibn Taimiyah
yang sebenarnya. Tuduhan dan fitnah ini telah ditangkis dan diperbetulkan
oleh para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah. Penjelasan
(2) Pada
hakikatnya, boleh dianggap mustahil untuk ditolak dan dinafikan bagi sesiapa yang mengkaji kesemua kitab-kitab yang
memperkatakan tentang akidah hasil tulisan Ibn Taimiyah, yang mana ternyata
Ibn Taimiyah amat menentang dan memerangi dengan keras, tegas dan
serius semua fahaman sesat termasuklah Musyabbihah dan Mujassimah. Ini dapat dibuktikan melalui tulisannya sebagimana dinyatakan
oleh beliau sehingga berulang kali: مِنَ
اْلاِيْمَانِ
بِاللهِ : اَلاِيْمَانُ
بِمَا وَصَفَ
بِهِ نَفَسَهُ
مِنْ غَيْرِتَحْرِيْفِ
فِى كِتَابِهِ
، وَبِمَا وَصَفَ
بِهِ رَسُوْلَهُ
مِنْ غَيْرِ
تَحْرِيْفِ
وَلاَ تَعْطِيْل
وَغَيْرِ تَكْيِيْفِ
وَلاَ تَمْثِيْلِ
بَلْ يُؤْمِنُ
بِاَنَّ اللهَ
سُبْحَانَهُ
(لَيْسَ كَمِثْلِهِ
شَيْءٌ وَهُوَ
السَّمِيْعُ
الْبَصِيْرُ). "Beriman
kepada Allah ialah beriman dengan apa yang disifatkannya sendiri (oleh
Allah) tanpa tahrif (tidak merubah lafaz dan maknanya) mengikut sebagaimana
di dalam kitabNya, mengikut sebagaimana disifatkan oleh RasulNya tanpa
tahrif, ta'til (meniadakan sifat Ilahiyah, mengingkari keberadaan sifat-sifat
tersebut pada ZatNya), tanpa takyif (diperbagaimana) dan tanpa tamsil
(memisalkan dengan makhluk), sebaliknya beriman bahawa Allah Subhanahu
wa-Ta’ala (Tiada sesuatu yang semisal denganNya dan Dia Maha Mendengar
dan Maha Melihat)".[16]
Sebenarnya Ibn Taimiyah telah mengklasifikasikan Musyabbihah dan
Mujassimah sebagai golongan yang kufur dan sesat.
Maka bagaimana K.H. Sirajuddin menamakan Ibn Taimiyah sebagai kaum
Musyabbihah dan Mujassimiyah? Ibn
Taimiyah pernah berkata tentang golongan yang berjaya (selamat ke syurga)
dan menolak golongan sesat seperti golongan Musyabbihah: "Fahaman
(yang selamat ialah) yang pertengahan, bukan golongan Jahmiyah yang menta'til
(sifat Allah) dan bukan juga golongan ahli tamsil seperti Musyabbihah".[17] Penjelasan Ibn Taimiyah ini tidak dapat dinafikan oleh mereka yang rajin meneliti dan mengkaji kitab-kitab tulisan beliau. Tetapi K.H. Sirajuddin telah membuat tuduhan melulu kerana beliau tidak meneliti kitab Syeikhul Islam ini yang ratusan jumlahnya. Tuduhan
K.H. Sirajuddin (3) Menurut
kenyataan dan tuduhan K.H. Sirajuddin bahawa Syeikhul Islam Ibn Taimiyah
menentang imam yang empat, sombong, menuduh para ulama semuanya penganut
khurafat dan bid'ah. K.H.
Sirajuddin mengaitkan nenek dan bapa Ibn Taimiyah dengan kesilapan Ibn
Taimiyah yang direka-reka oleh musuh Islam dan akhirnya K.H. Sirajuddin
menuduh Ibn Taimiyah sombong hanya kerana tidak pernah berhenti memerangi
bid'ah dan khurafat. Penjelasan
(3) Kalau orang-orang yang berfahaman seperti K.H. Sirajuddin mampu meneliti dan mengkaji semua kitab-kitab hasil tulisan Syeikhul Islam Ibn Taimiyah, pasti mereka merasa malu kerana pada hakikatnya Ibn Taimiyahlah salah seorang yang telah mempertahankan, memperjuangkan dan mengimarahkan (menghidupkan) semula ajaran-ajaran sebenar para Imam yang empat. Para pengikut mazhab-mazhab tersebut hanya mendakwa mengikut mazhab yang diakuinya, tetapi rata-rata hanya bertaklid, menerima dan mengamalkan pendapat para ulama yang menasabkan ajarannya kepada mereka (imam mazhab yang empat), sedangkan pada hakikatnya mereka bukan bermazhab dengan sang Imam kerana terlalu banyak meninggalkan, menentang dan melanggar fatwa si Imam. Contohnya,
pengikut mazhab Syafie bermati-matian mengaku sebagai bermazhab dan bertaklid
dengan Imam Syafie, tetapi ternyata (seperti Sirajuddin salah seorang
dari mereka) tidak secara langsung dan mungkin tanpa disedarinya telah
menentang Imam Syafie. Misalnya,
Imam Syafie dan Imam Ibn Taimiyah menentang khurafat tariqat sufi falsafi,
tasawuf dan tariqat kebatinan sebagaimana kenyataan dari Imam Syafie: اَلتَّصَوُّفُ
مَبْنِيٌّ عَلَى
الْكَسَلِ وَلَوْ
تَصَوَّفَ رَجُلٌ
اَوَّلَ النَّهَارِ
لَمْ يَاْتِ
الظُّهْرَ اِلاَّ
وَهُوَ اَحْمَقُ. "Tasawuf
dibina di atas kemalasan, jika sekiranya seseorang itu menganut tasawuf
di awal siang (pagi), tidak akan sempat sampai ke waktu Zuhur, dia sudah
jadi bodoh (biul/goblok)".[18] مَنْ
يَدِيْنُ بِهَذَا
(التَّصَوُّف)
فَهُوَ زِنْدِيْقٌ
اَوْ بِتَعْبِيْرٍ
اَدَقٍّ صُوْفِيّ
فَالصُّوْفِيُّ
مَرَادِفَةٌ
لِكُلِّ مَا
يُنَاقِضُ الاِيْمَان
الْحَق. “Sesiapa
yang menganut agama ini (sufi) maka dia seorang yang zindik atau dengan
kata lain dia adalah sufi yang zindik, maka fahaman sufi samalah seperti
setiap fahaman yang menentang keimanan yang hak”. Imam
Syafie amat benci kepada kezindikan sufi lalu beliau berkata: “Saya
lari meninggalkan Kota Basrah kerana di sana terdapat golongan zindik
(sufi/tasawuf), mereka mengerjakan sesuatu yang baru yang mereka sebut
dengan tahlilan”. Berkata
Hasan al-Basri rahimahullah: أما
عَلِمْتَ اَنَّ
اَكْثَرَ اَصْحَابُ
النَّارِ اَصْحَابُ
اْلاَكْسِيةِ
؟ (اَلتَّصَوُّفِ). "Tidakkah engkau ketahui sesungguhnya kebanyakan penghuni neraka ialah penganut sufi/tasawuf?".[19] Tidakkah K.H. Sirajuddin dan mereka yang sefahaman dengannya dapat menerima hakikat kenyataan Imam Syafie ini. Imam Syafie dengan tegas mengharamkan akidah dan pengamalan sufi/tawasuf? Tuduhan
K.H. Sirajuddin (4) Seterusnya
menurut tuduhan K.H. Sirajuddin Abbas:
Seolah-olah ia (Ibn Taimiyah rahimahullah) mengatakan bahawa
ia sahajalah yang berpegang kepada Kitabullah dan Sunnah Rasul, sedang
ulama-ulama yang terdahulu daripadanya dianggap penganut khurafat dan
bid'ah. Penjelasan
(4) Tuduhan K.H. Sirajuddin yang keterlaluan ini sama sekali tidak berasas, kerana kitab-kitab besar hasil tulisan Syeikhul Islam Ibn Taimiyah terutamanya yang terhimpun dalam kitab seperti "Majmu' Fatawa" yang berjumlah 37 jilid dipenuhi dengan nukilan qaul-qaul (fatwa-fatwa) para ulama terdahulu seperti Syafie, Maliki, Hanafi, Hambali dan termasuklah dari para ulama muktabar dari kalangan ulama akidah, ahli tafsir dan para ulama hadis. Sesiapa yang telah membaca dan merujuk kepada kitab-kitab Ibn Taimiyah tidak akan menafikan hakikat dan kenyataan ini. K.H. Sirajuddin ternyata membuat tuduhan dan fitnah sebelum mengenal, mengetahui, memahami dan memutalaah (mengkaji) kitab-kitab akidah hasil tulisan Syeikh Ibn Taimiyah. Ini adalah suatu kesilapan dan aib yang besar. Amat perlu kita ketahui bahawa apabila seseorang ulama menegah dan banyak memperkatakan kemungkaran bid’ah dan kefasikan yang berlaku di zamannya, ini bukanlah bermakna semua ulama di zaman itu telah dibid’ahkan atau dianggap fasik oleh ulama tersebut. Maka itulah sebenarnya yang dilakukan oleh Ibn Taimiyah rahimahullah. Tuduhan
K.H. Sirajuddin (5) K.H.
Sirajuddin menuduh bahawa Ibn Taimiyah memaklumkan perlawanan (penentangannya)
kepada orang-orang Islam yang menganut dan bertaqlid dalam furu' syariat
kepada mazhab yang empat. Kononnya
menurut K.H. Sirajuddin lagi bahawa ia (Ibn Taimiyah) menganjurkan agar
setiap orang berijtihad sendiri. Penjelasan
(5) Pada
hakikatnya bukan Syeikhul Islam Imam Ibn Taimiyah seorang sahaja yang
melarang orang yang berakal, berilmu, beriman dan bertakwa dari bertaqlid
buta kepada mana-mana Imam mazhab yang ada, tetapi semua ulama Ahli Sunnah
wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh termasuk Imam Syafie, Maliki,
Hanafi, Hambali, Sufiyah ath-Thauri dan yang lain-lainnya semua mereka
melarang dari bertaqlid buta. Mereka
telah menjelaskan: قَالَ
اْلاِمَامُ
الشَّـافِعِيُّ
رَحِمَهُ اللهُ
تَعَالَى : كُلُّ
مَا قُلْتُ وَكَانَ
عَنِ النَّبِيِّ
صَـلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
خِلاَفُ قَوْلِيْ
مِمَّا يَصِحْ
، فَحَدِيْثُ
النَّبِيُّ
صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اَوْلَى وَلاَ
تُقَلِّدُوْنِيْ. "Berkata Imam Syafie rahimahullah Ta'ala: Setiap apa yang telah aku katakan dan ada perkataanku itu yang bertentangan dengan (hadis) yang sahih, maka hadis Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah lebih diutamakan dan janganlah kamu sekalian bertaqlid denganku".[20] وَقَالَ
اَيْضًا : مَنْ
قَلَّدَ مُعَيَّنًا
فِى تَحْرِيْمِ
شَيْءٍ اَوْ
تَحْلِيْلِهِ
وَقَدْ ثَبَتَ
فِى الْحَدَيْثِ
الصَّحِيْحِ
عَلَى خِلاَفِهِ
وَمَنْعِهِ
تَقْلِيْدِ
عَنِ الْعَمَلِ
بِالسُّنَّةِ
فَقَدْ اتِّخَذَ
مَنْ قَلَّدَهُ
رَبًّا مِنْ
دُوْنِ اللهِ
تَعَالَى. “Imam as-Syafie berkata lagi: Sesiapa yang bertaqlid pada sesuatu dalam pengharaman sesuatu atau penghalalannya sedangkan telah nyata hadis sahih yantg bertentangan dengannya dan menegah dari bertaqlid kerana diperintahkan (diwajibkan) beramal dengan sunnah, maka dia telah mengambil orang yang ditaqlidkan itu sebagai Tuhan selain Allah Subhanahu wa-Ta'ala".[21] قَالَ
اْلاِمَامُ
اَحْمَدُ بْنُ
حَنْبَل رَحِمَهُ
اللهُ تَعَالَى
: لاَ تُقَلِّدْ
دِيْنَكَ اَحَدًا
مِنْ هَؤُلاَءِ
مَا جَاءَ عَنِ
النَّبِيِّ
صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَخُذْ بِهِ
، ثُمَّ التَّابِعِيْنَ
بَعْدَ الرَّجُلِ
فِيْهِ مُخَيَّرٌ. "Berkata Imam Ahmad bin Hambal: Dalam agamamu janganlah engkau bertaqlid dengan sesiapapun dari mereka-mereka. Apa yang datang dari nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam maka ambillah olehmu, kemudian ambil dari para tabiin, adapun orang-orang yang sesudahnya diberi pilihan sama ada diambil atau ditinggalkan".[22] قَالَ
اْلاِمَامُ
اَحْمَدُ : لاَ
تُقَلِّدُونِيْ
وَلاَ مَالِكًا
وَلاَ اَبَا
حَنِيْفَةً
وَلاَ الشَّافِعِي
وَلاَ اْلاَوْزَعِيْ
وَلاَ الثَوْرِيِّ
رَحِمَهُمُ
اللهُ تَعَالَى
وَخُذْ مِنْ
حَيْثُ اَخَذُوْا. "Janganlah
kamu bertaqlid kepadaku, janganlah bertaqlid kepada Malik, Abu Hanifah,
Syafie, Auzaii dan Thauri rahimahumullah Ta’ala.
Ambillah dari mana (atau sebagaimana) mereka mengambil".[23]
قَالَ
ابْنُ حَزَمُ
: اِنَّ الْفُقَهَاءَ
الَّذِيْنَ
قلدُّوْا مبطلوْنَ
لِلتَّقْلِيْدِ
وَاَنَّهُمْ
نُهُوْا اَصْحَابَهُمْ
عَنْ تَقْلِيْدِهِمْ
، وَكَانَ اَشَدُّهُمْ
فِى ذَلِكَ الشَّافِعِي. "Berkata Ibn Hazam: Sesungguhnya para fukaha yang menjadi ikutan mereka membatalkan pentaqlidan kepada mereka dan sesungguhnya mereka menegah para pengikutnya dari bertaqlid kepada mereka. Dan yang paling kuat menentang (perbuatan bertaqlid) ialah as-Syafie".[24] وَقَالَ
عَلِيُّ حَسَنُ
بْنُ عَبْدُ
الْحَمِيْد
: وَمَنْ لَمْ
يُفرِق التَّقْلِيْدِ
لَمْ يَكُنْ
لِعِلْمِهِ
كَثِيْرُ فَائِدَةٍ. "Berkata Ali Hasan bin Abdul Hamid: Sesiapa yang tidak meninggalkan taqlid maka pada ilmunya tidak akan memberi banyak faedah".[25] قَالَ
سَنَدُ بْنُ
عَنَانُ رَحِمَهُ
اللهُ : اعْلَمْ
اَنَّ مُجَرَّدَ
اْلاِقْتِصَارِ
عَلَى مَحْضِ
التَّقْلِيْدِ
لاَ يَرْضَى
بِهِ رَجُلٌ
رَشِيْدٌ وَاِنَّمَا
هُوَ شَاْنُ
الْجَاهِلِ
الْبَلِيْدِ
اَوْ الْغَبِيِّ
الْعَنِيْدِ.
"Berkata Sanad bin Anan rahimahullah: Ketahuilah sesungguhnya hanya dengan mengambil jalan mudah sehingga mendorong bertaqlid adalah tidak digemari oleh seorang lelaki yang bijaksana. Sesungguhnya (bertaqlid) adalah cara seorang yang bodoh lagi bebal dan si tolol yang keras kepala".[26] اَجْمَعَ
النَّاسُ عَلَى
اَنَّ الْمُقَلِّدَ
لَيْسَ مَعْدُوْدًا
مِنْ اَهْلِ
الْعِلْمِ وَاَنَّ
الْعِلْمَ مَعْرِفَةُ
الْحَقِّ بِدَلِيْلِهِ. "Manusia
telah sepakat bahawa para muqallid tidak terhitung sebagai kalangan ahli
ilmu, bahawasanya ahli ilmu mengenali kebenaran melalui dalilnya".[27]
Kalau
dibaca kitab-kitab hasil tulisan Syeikhul Islam Ibn Taimiyah, tidak akan
terdapat walaupun satu kenyataan atau kaul dari Ibn Taimiyah yang menganjurkan
agar semua orang berijtihad terutamanya orang awam yang tidak berilmu. Malah Ibn Taimiyah mensyaratkan beberapa syarat kepada mereka
yang mahu berijtihad sebagaimana juga yang disyaratkan oleh Imam Syafie
rahimahullah dan para imam yang lain, maka bagaimana K.H. Sirajuddin
boleh membuat tuduhan palsu seperti ini? Tuduhan
K.H. Sirajuddin (6) Menurut tuduhan dan fitnah K.H. Sirajuddin Abbas yang seterusnya bahawa kononnya Syeikh Ibn Taimiyah telah mengatakan: "Duduknya
Tuhan di atas ‘Arasy sama dengan duduknya Ibn Taimiyah di atas kursinya
dan turunnya Tuhan dari langit sama seperti turunnya Ibn Taimiyah dari
mimbar dan Tuhan itu dilihat (di sebelah) atas, boleh ditunjuk dengan
anak jari ke atas”. Penjelasan(6) Tuduhan K.H. Sirajuddin sebagaimana yang diungkapkan di atas diulang berkali-kali, seolah-olah supaya ianya diberi perhatian oleh pembaca. Namun, K.H. Sirajuddin tidak berhati-hati dan tidak ilmiyah dalam penukilannya sehingga menjadi tuduhan palsu dan fitnah yang keterlaluan serta diada-adakan. Apa yang diketengahkan oleh beliau hanyalah tuduhan yang merujuk kepada buku "Rahlah Ibnu Bathuthah". Menurut K.H. Sirajuddin (kononnya) Ibnu Bathuthah mendengar dan melihat sendiri kejadian Ibn Taimiyah berkata dan melakukan sebagaimana yang didakwakannya, iaitu: "Turunnya Tuhan sama seperti turunnya beliau dari mimbar".
Ada dua alasan yang kuat untuk membantah, menolak dan membatalkan
tuduhan K.H Sirajuddin yang penuh dengan penipuan dan fitnah ini, iaitu: Pertama: Memang Ibn Taimiyah sehingga ke hari ini masih dituduh sebagai
Penyerupa Allah dengan makhlukNya atau Mujassimah, sedangkan terlalu banyak
bukti penentangan Ibn Taimiyah terhadap kaum Musyabbihah dan Mujassimiyah
sebagaimana penolakan beliau terhadap golongan Qadariyah, Jahmiyah, Muktazilah.[28] Amat mustahil orang yang menentang kaum-kaum yang sesat seperti
Ibn Taimiyah akan menerima fahaman sesat yang sangat ditentang dan dibencinya.
Sebenarnya Ibnu Bathutah tidak pernah mendengar malah tidak pernah menghadiri majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh Ibn Taimiyah. Menurut catitan sejarah, sampainya Ibnu Bathuthah di Damsyik pada hari Khamis 9hb Ramadan 727H. Ibn Taimiyah dimasukkan ke penjara Damsyik pada awal bulan Sya'ban ditahun yang sama (727H). Tercatit dalam sejarah bahawa Ibn Taimiyah wafat pada malam Ithnin 20hb Zulqaidah 728H.
Timbul
persoalan, bagaimana Ibnu Bathutah boleh melihat Ibn Taimiyah menyampaikan
ilmu di atas mimbar Jamek dan boleh mendengar majlis ilmunya sedangkan
setibanya Ibnu Bathutah di Damsyik Ibn Taimiyah telah dimasukkan ke dalam
penjara?[29]
Kedua: Ibn Taimiyah tidak pernah menyampaikan ilmunya di
atas mimbar Jamek sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Bathutah: "Aku
menghadiri majlisnya pada hari Jumaat, dia sedang menyampaikan ilmunya
di atas mimbar Jamek". Malah Ibn Taimiyah tidak pernah berkhutabah
di atas mimbar walaupun Ibnu Bathuthah mendakwa:
"Dia turun dari tangga-tangga mimbar".
Ketiga: Kebiasaannya Ibn Taimiyah hanya duduk di atas kerusi semasa
beliau menyampaikan pelajarannya. Keempat: Sebenarnya Ibnu Bathutah tidak pernah menulis tentang pelayarannya
dengan tangannya sendiri.[30] K.H. Sirajuddin tidak teliti dalam tuduhannya kepada Ibn Taimiyah, contohnya beliau menuduh Ibn Taimiyah menyerupakan istiwa Allah sebagaimana duduk bersilanya beliau, sedangkan sama sekali tidak terdapat di dalam kitab-kitab Ibn Taimiyah yang memaknakan istiwa sebagaimana yang didakwa oleh K.H Sirajuddin. Dalam hal ini K.H. Sirajuddin tidak menyedari malah beliau menolak kenyataan dan fatwa para ulama Salaf as-Soleh bahawa Allah itu bertempat sebagaimana yang dijelaskan oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyah.
Para ulama Salaf sepakat/sependapat dan seakidah dengan Ibn Taimiyah
iaitu: "Allah bersemayam di atas ArasyNya dan ArasyNya berada
di atas langit". Ini
bermakna Allah bertempat iaitu di langit sebagaimana penjelasan para ulama
Salaf as-Soleh yang berikut ini: (1).
Berkata al-Imam Abu Hanifah rahimahullah:
"Sesiapa mengingkari sesungguhnya Allah berada di atas
langit, maka sesungguhnya dia telah kafir.
Adapun terhadap orang yang tawaqquf (diam) dengan mengatakan: Aku
tidak tahu apakah Tuhanku di langit atau di bumi?
Berkata al-Imam Abu Hanifah:
Sesungguhnya dia telah kafir kerana Allah telah berfirman:
Ar-Rahman di atas Arasy al Istiwa"[31]. (2).
Berkata Al-Imam Malik rahimahulla:
"Allah
berada di atas langit sedangkan ilmuNya di tiap-tiap tempat (di mana-mana),
tidak tersembunyi sesuatupun daripadaNya"[32]
(3).
Berkata al-Imam as-Syafie rahimahullah:
"Sesungguhnya Allah di atas ArasyNya dan ArsyNya di
atas langit"[33]
(4).
Berkata al-Imam Ahmad Bin Hambal rahimahullah:
"Benar! Allah di atas Arasy-Nya dan tidak sesiapapun yang tersembunyi
daripada pengetahuanNya"[34]
(5).
Athar Imam Ibnu Khuzaimah pula menjelaskan:
"Barangsiapa tidak menetapkan Allah Ta'ala di atas ArasyNya
dan Allah istiwa di atas tujuh langitNya, maka ia telah kafir dengan Tuhannya".[35]
(6). Athar Syaikhul Islam Abdul Qadir al-Jailani rahimahullah menjelaskan: "Tidak boleh mensifatkanNya bahawa Ia berada di tiap-tiap tempat. Bahkan (wajib) mengatakan: Sesungguhnya Ia di atas langit (yakni) di atas Arasy sebagaimana Ia telah berfirman: Ar-Rahman di atas Arasy, Ia beristiwa.[36] Dan patutlah memutlakkan sifat istiwa tanpa takwil, sesungguhnya Allah istiwa dengan ZatNya di atas Arasy. KeadaanNya di atas Arasy disebut pada tiap-tiap kitab yang Ia turunkan kepada tiap-tiap Nabi yang Ia utus tanpa (bertanya): Bagaimana caranya (Allah istiwa di atas Arasy-Nya)?"[37]
(7).
Berkata al-Imam Abul Hasan al-Asy`ari rahimahullah:
"Di atas langit-langit itulah Arasy, maka tatkala Arasy
berada di atas langit-langit Allah berfirman:
Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit?
Sesungguhnya Ia istiwa (bersemayam) di atas Arasy yang berada di
atas langit dan tiap-tiap yang tinggi itu dinamakan 'As-Sama (langit),
maka Arasy berada di atas langit. Bukanlah yang dimaksudkan di dalam firman:
Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit?
Bukan di seluruh langit! Tetapi ArasyNya yang berada di atas
langit."[38] Dari hujah-hujah di atas amatlah jelas, bahawa larangan mentakwil terhadap sifat-sifat Allah oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyah, ianya nyata disepakati oleh seluruh ulama muktabar dari kalangan Imam-Imam mazhab fikeh dan akidah yang antara mereka ialah Maliki, Hambali, Hanafi, as-Syafie, Abu Hasan al-Asy’ari, Ibn Khuzaima dan lain-lainnya tetapi malangnya ditentang habis-habisan oleh K.H. Sirajuddin Abbas dan orang-orang yang sehaluan dengan beliau. (8).
Berkata pula Imam Ibnu Khuzaimah (dari kalaangan ulama as-Syafieyah): "Kami
beriman dengan khabar dari Allah Jalla wa-'Ala sesungguhnya Pencipta kami
Ia beristiwa (bersemayam) di atas ArasyNya.
Kami Tidak mengganti/mengubah kalam (firman) Allah dan kami tidak
akan mengucapkan perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada
kami sebagaimana (perbuatan kaum) yang menghilangkan sifat-sifat Allah
seperti golongan Jahmiyah yang pernah berkata: Sesungguhnya Dia istawla
(menguasai) ArasyNya bukan istiwa! (bersemayam). Maka mereka telah mengganti
perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada mereka, ini menyerupai
perbuatan Yahudi tatkala diperintah mengucapkan:
Hithtatun (Ampunkanlah dosa-dosa kami), tetapi mereka mengucapkan
(mengubah): Hinthah (makanlah gandum)! Mereka (kaum Yahudi) telah menyalahi
perintah Allah Yang Maha Agung dan Maha Tinggi maka seperti itulah (perbuatan
kaum) Jahmiyah".[39] Dikhuatiri
orang-orang yang mengubah Kalam Allah telah mewarisi perangai, perbuatan
dan sikap orang-orang Yahudi. Yang
paling ditakuti pula jika ditimpakan nasib yang sama sebagaimana nasib
yang menimpa kepada kaum Yahudi di akhirat kelak, Na’uzubillah!
Oleh itu, jauhilah sikap, perbuatan dan akidah Yahudi kerana Nabi
Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: مَنْ
تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ
فَهُوَ مِنْهُمْ “Sesiapa
yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia tergolong dari kaum itu”. يَا
مُقَلِّبَ الْقُلُوْب
، ثَبِّتْ قَلْبَنَا
عَلَى دِيْنِكَ
وَطَعَاتِكَ “Wahai Yang Membolak-balikkan hati! Tetapkanlah hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu”. [1]. Lihat: Al-Fatawa al-Kubra, Jld. 1. (muqaddimah). Qaddama lahu wa-'arrafa bihi: Muhammad Makhluf. Dar al-Ma'rifah. Beirut. [2]. Ibid. [3]. Lihat: Muqaranah baina al-Gazali wa Ibn Taimiyah. Hlm. 22. Dr.Muhammad Rasyad Salim. Cetakan. 1395H -1975M. Ad-Dar as-Salafiyah. [4]. Ibid. [5]. Lihat: Keterangan Sirajuddin dalam bukunya "I'itiqad AhlussunahWal-Jamaah" hlm. 262-263. [6]. Lihat: Fathul Bari. Jld. Hlm. 406. Ibn Hajar al-Asqalani. Dar Ihya at-Turath al-Arabi. Beirut. [7]. Lihat: Iktiqad Aimatul hadis (اعتقاد ائمة الحديث) hlm. 50-51. Ismaili. [8]. Lihat: Iktiqad Aimmah al-Arba'ah Abi Hanifah wa Malik wa as-Syafie wa Ahmad. Hlm. 46-47. Cetakan pertama. 1412 -1992. Darul'Asimah Saudi Arabia. [9]. Lihat: Iktiqad Qimmah al-Arba'ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa-Ahmad. Hlm. 40. [10].Ibid. Hlm. 42. [11].Ibid. Hlm. 47. [12].H/R Bukhari (1141), Muslim (758), Abu Daud (4733), Turmizi (4393),Ibn Majah (1366) dan Ahmad (1/346). [13].Lihat: As-Sunnah. Hlm. 5. Abdullah bin al-Imam Ahmad. [14].H/R Muslim dan Abi Daud. [15].H/R Bukhari dan Muslim. [16].Lihat: Syarah al-Akidah al-Wasitiyah. Hlm. 17-19, Ibn Taimiyah.Cetakan ketiga. al-Maktabah as-Salafiyah, Madinah al-Munawarah.Saudi Arabia. [17].Lihat: Mujmal Iktiqad Aimatus Salaf. Hlm. 86, Dr. Abdullah binAbdulmuhsin at-Turky. Cetakan pertama. 1413 -1993. Muassasah ar-Risalah. Beirut. [18].Lihat: Bahaya Tarikat sufi/Tasawuf Terhadap Masyarakat. Hlm. 30. Rasul Dahri. Cetakan pertama. 1998. Malaysia. Lihat: Talbisu al-Iblis. hlm. 159. Ditahqiq dan ditashih oleh paraulama al- Azhar as-Syarif kali kedua pada 1368H. Dar al-Kutub al-Ilmiyah. Beirut. [19].At-Tasawuf. Hlm 21. Dr. Mustafa Hilmi. Dar ad-Dakwah. Al-Iskandariah. [20].Lihat: اعلام الموقعين (17) Ibn Qaiyim al-Jauzi. [21]:Lihat: Hal Muslim Mulzimun biittiba'i Mazhabun Mu'ayanun minalMazhaabil al-Arbah. Hlm. 69. Muhammad Sultan al-Maksumi [22]:Lihat: Masail al-Imam Ahmad. Diriwayatkan oleh Abu Daud. Hlm.277. [23].Ibid. [24].Lihat: Al-Ahkam fi Usul al-Ahkam. (118). Tahqiq oleh AhmadMuhammad Syakir. Cetakan kedua. Dar al-Afaq al-Jadidah. Beirut. [25].Lihat: 'Audah Ila Sunnah. Hlm. 36. 26. Lihat: Hal Muslim Mulzimun Fiitiba'i Mazhabun Mu'aiyan MinMazhabil Arba’a. Hlm. 70. Muhammad Sultan al-Maksumi. [27].Lihat: Hal Muslim Mulzamun Fiittiba'i Mazhabun Mu'ayan MinalMazahabil Arba’. Muhammad Sultan al-Maksumi. [28].Lihat: Syarah Hadis Nuzul. Hlm. 2. Zahir as-Syawisy. Cetakankelima. 1397H-1977M. Al-Maktab al-Islami. Beirut. [29].Ibid. Hlm. 2. [30].Ibid. [31].Lihat: Mukhtasar al-Ulum, Hlm. 137. Imam Az-Zahabi. Tahqiq al-Albani. [32].Ibid. Hlm. 140. [33].Ibid. 179. [34].Ibid. 188. [35].Lihat: Ma'rifah Ulum al-Hadis. Hlm. 84. Riwayat yang sahih, dikeluarkan oleh al-Hakim. [36].Surah Taha, 5. [37].LIhat: Fatawa Hamwiyah Kubra. Hlm. 84. [38].Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm. 48. [39].Lihat: Kitabut Tauhid fi ithbatis Sifat. Hlm. 101. Ibnu Khuzaimah. |
|||
Hak cipta terpelihara @ Ibnunaem 2002 |