|
|
|
Islam
merupakan satu agama sejagat dan sempurna bagi mereka yang benar-benar
beriman kepada Allah SWT. Namun, ditengah-tengah berkembangnya ajaran
yang suci ini, unsur-unsur negatif yang bukan dari ajaran Islam telah
diselitkan dan disandarkan kepadanya. Walaupun ia dipandang baik, belum
pasti ia adalah sesuatu yang benar. Tetapi, kebenaran sudah pasti ada
baiknya. Sesuatu yang baru atau inovasi didalam agama, akan menjatuhkan
kemurnian Islam itu sendiri. Oleh sebab itu manusia perlu merawat jiwanya
dengan akidah Islamiyah melalui tazkiyah kerana tazkiyah mengembalikan
segala persoalan kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk diselesaikannya.
|
|
|
|
|
Mudah-mudahan,
lelaman ini dapat mencapai objektifnya dan menyempurnakan tujuan muamalah
dan ubudiyah yang sahih sebagaimana yang dikehendaki oleh Khalik ke atas
hamba-Nya yang beriman dan bertakwa. Semoga segala usaha yang tulus ini,
akan dapat memberi manfaat kepada semua, lebih-lebih lagi kepada Ustaz
Rasul Dahri yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk meneruskan
perjuangan beliau demi mencari keredaan Allah SWT semata-mata.
"
Pada hari ini, telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu,
dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat Ku,
dan telah Ku redai Islam itu jadi agama bagimu"
Al-Maaidah 5 : 3
|
|