|
|||
Buruk Sangka | |||
Tajuk di atas telah dikulliahkan dalam beberapa pengajian (kulliah akidah) dibeberapa tempat di Selangor, Johor (terutamanya Johor Bahru) dan di Singapura pada pertengahan tahun 1990. Kertas kerja ini terdiri dari dua siri. Tetapi di dalam buku koleksi jilid pertama ini penulis hanya memuatkan siri yang pertma dari dua siri yang telah dikulliahkan. Insya-Allah di buku koleksi jilid kedua akan dimuatkan siri yang seterusnya. Semoga para pembaca yang budiman dan dirahmati Allah dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan agama serta memperolehi kebaikan dari pembacaan dan penelitian kertas kerja yang ringkas ini. بِسْـمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْمِ اِنَّ
الْحَمْدَ للهِ
، نَحْمَدُهُ
وَنَسْتَعِيْنُهُ
وَنَسْتَغْفِرُهُ
، وَنَعُوْذُ
بِاللهِ مِنْ
شُرُوْرِ اَنْفُسِنَا
وَمِنْ سَيِّئَاتِ
اَعْمَالِنَا
، مِنْ يَهْدِهِ
اللهُ فَلاَ
مُضِلَّ لَهُ
، وَمَنْ يُضْلِلْ
فَلاَ هَادِيَ
لَهُ. Buruk
sangka terbahagi dua, iaitu: Pertama: Prasangka yang membawa kepada keburukan walaupun pada mulanya
ia menyangka atau berniat baik. Misalnya menambah atau mengurangkan sesuatu
amal yang tiada hujjahnya dari syara, maka ia diharamkan kerana selain
bertentangan dengan syara ia juga adalah bid’ah yang diharamkan. Dalilnya dapat difahami dari firman Allah Azza wa-Jalla: وَهُمْ
يَحْسَبُوْنَ
اَنَّهُمْ يُحْسِنُوْنَ
صُنْعًا "Dan
mereka mengira (menyangka) bahawa apa yang mereka lakukan adalah baik
(kebaikan)". Menurut ayat di atas, perkiraan atau sangkaan mereka yang baik dalam mencipta serta mengadakan- adakan suatu amal yang baru adalah salah walaupun dengan niat yang baik dan kerana Allah, kerana menambah atau mengurangkan sesuatu dalam agama Islam tidak pernah ada keizinannya dari Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Agama Allah (Islam) sudah sempurna sehingga tidak perlu ditokok tambah sebagaimana firman Allah: اَلْيَوْمَ
اَكْمَلْتُ
لَكُمْ دِيْنَكُمْ
"Hari
ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agamamu". Kedua:
Buruk sangka dari hati yang sedar dan disengajakan
oleh pembuatnya. Al-Quran
dan as-Sunnah telah menjelaskan bahawa kebanyakan manusia mempunyai rasa
buruk sangka terhadap Allah dan agamaNya.
Termasuklah mereka yang mengakui sebagai muslim lantaran kejahilannya.
Sama ada mereka berburuk sangka terhadap Allah mengenai kesempurnaan
syariatNya atau terhadap kebenaran dan kesucian agamaNya. Perkara
ini telah dijelaskan oleh Allah dengan firmanNya: وَمَا
يَتَّبِعُ اَكْثَرُهُمْ
اِلاَّ ظَنًّا
اِنَّ الظَّنَّ
لاَ يُغْنِى
مِنَ الْحَقِّ
شَيْئًا "Dan
kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja, sesungguhnya
persangkaan itu tidak sedikitpun
berguna untuk mencapai kebenaran".
YUNUS, 10:36. Buruk
sangka terhadap Allah sehingga kurang meyakini akan kebesaranNya, kebijaksanaanNya
dan kuasaNya untuk melakukan segala apa sahaja yang dikehendakiNya. Atau tidak dapat menerima hakikat bahawa manusia dicipta untuk
diuji dan untuk menghambakan diri kepada Allah, maka penafian dan keingkaran yang tidak berasas ini diistilahkan
sebagai buruk sangka terhadap Allah.
Sikap manusia seperti ini telah dijelaskan oleh Allah dengan firmanNya: وَقَالُوْا
مَاهِى اِلاَّ
حَيَاتُنَا
الدُّنْيَا
نَمُوْتُ وَنَحْيَا
وَمَا يُهْلِكُنَآ
اِلاَّ الدَّهْرُ
وَمَالَهُمْ
بِذَالِكَ مِنْ
عِلْمٍ اِنْ
هُمْ اِلاَّ
يَظُنُّوْنَ "Dan mereka berkata: Kehidupan
ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita
hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa, dan mereka sekali-kali
tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah sangkaan
sahaja".
اَفَحَسِبْتُمْ
اَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ
عَبَثًا وَانَّكُمْ
اِلَيْنَا لاَ
تُرْجَعُوْنَ "Apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara
main-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?".
AL
MU'MINUUN, 23:115. Orang-orang
yang kufur dan fasik menyangka bahawa Allah tidak akan menyiksa mereka,
begitu juga dengan perkiraan sebahagian orang-orang yang jahil yang menyangka
bahawa Allah tidak akan menyiksa mereka selagi mereka mengakui sebagai
orang Islam sedangkan mereka tidak melaksanakan kewajiban syara seperti
sembahyang, puasa dan lainnya. Allah
telah menjelaskan tentang orang-orang yang fasik seperti ini sebagaimana
firmanNya: لاَ
تَحْسَبَنَّ
الَّذِيْنَ
يَفْرَحُوْنَ
بِمَآ اَتَوا
وَّيُحِّبُّوْنَ
اَنْ يُحْمَدُوْا
بِمَا لَمْ يَفْعَلُوْا
فَلاَ تَحْسَبَنَّهُمْ
بِمَفَازَةٍ
مِنَ الْعَذَابِ
وَلَهُمْ عَذَابٌ
اَلِيْمٌ.
"Janganlah kamu sekali-kali menyangka bahawa orang-orang yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan janganlah kamu menyangka bahawa mereka akan terlepas dari siksa, dan bagi mereka siksa yang pedih". ALI IMRAN, 3:188. Ada
segolongan manusia yang berburuk sangka terhadap penerimaan Allah tentang
sebahagian amal ibadah yang telah dikerjakan, ia menyangka ada amal ibadahnya
yang tidak diterima oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala.
Ia berpunca sama ada disebabkan keraguan atau penyakit was-was.
Keraguan dan was-was seperti ini adalah haram dan boleh membawa kepada
buruk sangka terhadap Allah. Nabi
Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam melarang umatnya dari berasa
ragu-ragu dan was-was tentang ibadah yang telah dikerjakan sebagaimana
sabda baginda: عَنْ
جَابِرٍ قَالَ
: قَالَ رَسُوْلُ
اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ لاَيَمُوْتَنَّ
اَحَدُكُمْ
اِلاَّوَهُوَ
مُحْسِنٌ بِاللهِ
الظَّنَّ فَاِنَّ
قَوْمًا قَدْ
اَرْدَاهُمْ
سُوْءُ ظَنِّهِمْ
بِاللهِ عَزَّ
وَجَلَّ (وَذَالِكُمْ
ظَنُّكُمُ الَّذِى
ظَنَنْتُمْ
بِرَبِّكُمْ
اَرْدَاكُمْ
فَاَصْبَحْتُمْ
مِنَ الْحَاسِرِيْنَ) "Dari Jabir berkata: Bersabda Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam:
Janganlah sekali-kali kamu mati kecuali dalam keadaan berprasangka
baik terhadap Allah, sesungguhnya terdapat satu kaum dibinasakan kerana
telah berprasangka buruk terhadap Allah Azza Wajl (sebagaimana firman
Allah) "Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu
sangka terhadap Tuhanmu, prasangka itu telah membinasakan dirimu, maka
jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi".
(FUSHSILAT, 23:41). H/R
Bukhari, Muslim dan Ahmad. Orang-orang
yang beriman diharamkan dari meragui apa sahaja perkara dan kejadian yang
berlaku terhadap dirinya atau terhadap yang lainnya sehingga membelakang
dan mengenepikan Allah atas urusan tersebut, kerana keraguan seperti itu
boleh membawa kepada buruk sangka terhadap Allah. عَنْ
اَبِى بَكْرٍ
قَالَ : قُلْتُ
لِلنَّبِىِّ
صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَاَنَا فِى
الْغَارِ لَوْ
اَحَدَهُمْ
نَظَرَ تَحْتَ
قَدَمَيْهِ
لاَبْصَرَنَا
فَقَالَ : مَا
ظَنُّكَ يَا
اَبَا بَكْرٍ
بِاثْنَيْنِ
اللهُ ثَالِثُهُمِا "Dari Abi Bakar berkata: Aku
katakan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan aku di dalam gua:
Jika salah seorang dari mereka melihat (melalui) bawah kakinya,
nescaya akan melihat kita hanya berdua.
Maka baginda bersabda: Tidaklah
begitu persangkaanmu wahai Abi Bakar, dengan berdua (dan) Allah yang ketiga".
H/R Bukhari, Muslim dan Ahmad. Kesemua dalil-dalil dari al-Quran dan hadith di atas menjelaskan bahawa berburuk sangka (berperasangkaan buruk) terhadap Allah Subhanahu wa-Ta’ala dalam apa hal sekalipun adalah perbuatan keji dan kufur (syirik terhadap Allah). Buruk sangka terhadap Allah adalah sikap orang-orang kafir (musyrikin) jahiliah yang sangat dikutuk dan dilaknat oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Setiap
orang yang beriman dilarang dari berburuk sangka terhadap keadilan Allah
kepada makhlukNya, berburuk sangka terhadap kesempurnaan agama Allah dan
berburuk sangka terhadap kekuasaan Allah sehingga membelakangkan Allah
dalam segala aspek dan cara hidup yang dianggap ibadah oleh syara. HUKUM
BURUK SANGKA Allah ‘Azza wa-Jalla telah mengharamkan sikap buruk sangka terhadap sesama mukmin, kerana ia akan menyebabkan timbulnya fitnah, bukan sahaja di antara seseorang individu dengan individu yang lain tetapi juga dalam anggota Jamaah Islamiyah. Apabila sikap terkutuk ini terdapat di kalangan anggota jamaah ia boleh mengwujudkan perasaan saling tidak percaya, saling meragui, benci-membenci, pertelingkahan, perpecahan dan akhirnya bermusuh-musuhan di antara sesama Islam. Allah
Subhanahu wa-Ta’ala mengharamkan hambaNya yang beriman dari menyimpan
perasaan persangkaan atau sangka-sangka buruk terhadap Allah dan terhadap
saudara-saudaranya yang seagama.
Malah Allah mengharamkan
juga segala unsur, bibit atau segala punca yang boleh menyebabkan timbulnya
rasa buruk sangka di kalangan anggota Jamaah Islamiyah.
Pengharaman ini telah ditegaskan di dalam al-Quran dan hadith-hadith
Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagaimana firman Allah dan
sabda Nabi: يَا
اَيُّهَا الَّذِيْنَ
آمَنُوْا اجْتَنِبُوْا
كَثِيْرًا مِنَ
الظَّنِّ اِنَّ
بَعْضَ الظَّنِّ
اِثْمٌ وَلاَ
تَجَسَّسُوْا
وَلاَيَغْتَبْ
بَعْضُكُمْ
بَعْضًا اَيُحِبُّ
اَحَدُكُمْ
اَنْ يَاْكُلَ
لَحْمَ اَخِيْهِ
مَيِّتًا فَكَرِهْتُمُوْهُ
وَاتَّقُوْا
اللهَ اِنَّ
اللهَ تَوَّابٌ
رَّحِيْمٌ "Hai orang-orang yang beriman!
Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari
prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang
lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah
salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?
Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.
Dan bertakwalah kamu kepada Allah.
Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang".
عَنْ
اَبِى هُرَيْرَةَ
قَالَ : قَالَ
رَسُوْلُ اللهِ
صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِيَّاكُمْ
وَالظَّنِّ
فَاِنَّ الظَّنَّ
اَكْذَبُ الْحَدِيْثِ
وَلاَ تَجَسَّسُوْا
وَلاَ تَحَسَّسُوْا
وَلاَ تَنَافَسُوْا
وَلاَ تَحَاسَدُوْا
وَلاَ تَبَاغَضُوْا
وَلاَ تَدَابِرُوْا
وَكُوْنُوْا
عِبَادَ اللهِ
اِخْوَانًا "Dari
Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah
bisikan yang paling bohong. Dan
janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan
saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu
melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian,
janganlah membelakangkan (saudaramu seagama).
Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara".
H/R al-Bukhari.
عَنْ
عَبْدِ اللهِ
بْنِ عُمَرَ
قَالَ : رَاَيْتُ
رَسُوْلَ اللهِ
صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَطُوْفُ بِالْكَعْبَةِ
يَقُوْلُ : والَّذِى
نَفْسِ مُحَمَّد
بِيَدِهِ لَحُرمَةُ
الْمُؤْمِنِ
اَعْظَمُ عِنْدَ
اللهِ مِنْكَ
مَالهُ وَدَمهُ
وَاَنْ يَظُنَّ
بِهِ اِلاَّ
خَيْرًا.
رواه ابن ماجه. "Dari Abdullah bin Umar berkata:
Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sedang tawaf
di Kaabah lalu bersabda: Demi
jiwa Muhammad yang di tanganNya, sesungguhnya kehormatan seseorang mukmin
lebih besar di sisi Allah dari engkau (Kaabah) wangnya dan darahnya
sehinggalah dia berprangsangka sesamanya yang baik”.
H/R Ibn Majah. عَنْ
عُمَرَ بْنَ
الْخَطَّابِ
قَالَ :
وَلاَ تَظُنُّ
بِكَلِمَةٍ
خَرَجَتْ مِنْ
اَخِيْكَ الْمُؤْمِنِ
اِلاَّ خَيْرًا. "Dari Umar bin Al-Khatab beliau berkata: Janganlah kamu berprasangka (buruk) dengan kalimah yang keluar dari (mulut) saudara kamu yang mukmin kecuali yang baik". Lihat Tafsir Ibn Kathir, jld. 4, m/s 271.
عَنْ
حَارِثَةِ بْنِ
النُّعْمَان
قَالَ : قَالَ
رَسُوْلُ اللهِ
صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
: ثَلاَثٌ لاَزِمٌ
ِلاُمَّتِى
: اَلطِّيَرَةُ
وَالْحَسَدُ
وَسُوْءُ الظَّنِّ.
فَقَالَ : وَمَا
يُذْهِبُهُنَّ
يَارَسُوْلَ
اللهِ مِمَّنْ
هُنَّ فِيْهِ
؟ قَالَ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ : اِذَا
حَسَدَ فَاسْتَغْفِرِ
اللهَ وَاِذَا
ظَنَنْتَ فَلاَ
تُحَقِّقْ وَاِذَا
تَطَيَّرْتَ
فَامْضِ "Dari Haritha bin an-Nukman berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Tiga perkara
yang sentiasa ada pada umatku: Kepercayaan
sial. Hasad dengki.
Prasangka. Beliau
bertanya: Apakah yang boleh menghilangkan dari itu (semua) wahai
Rasulullah bagi sesiapa yang telah ada pada dirinya perkara-perkara tersebut?
Baginda bersabda: Apabila
berhasad dengki mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan
dan apabila mempercayai tataiyur hendaklah dihapuskan".
H/R at-Tabrani. Semua
punca-punca timbulnya buruk sangka yang dijelaskan oleh ayat al-Quran
dan hadith-hadith di atas berpangkal dari hati yang rosak dan berpenyakit
lantaran kejahilan (tidak berilmu agama).
Akhirnya menyebabkan lemah iman, lemah keperibadian, hilang panduan
dan tidak tahu ke arah mana mahu dituju sehingga mudah berburuk sangka.
Hal keadaan seperti ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu
‘alaihi wa-sallam: اِذَا
قَلَّ الْعِلْمُ
ظَهَرَ الْجَفَا
وَاِذَا قَلَّتِ
اْلآثَارُ كَثُرَتِ
اْلاَهْوَاءُ
وَلِهَذَا تَجِدُ
قَوْمًا كَثِيْرِيْنَ
يُحِبُّوْنَ
قَوْمًا وَيَبْغَضُوْنَ
قَوْمًا لاَجْلِ
اَهْوَاءٍ لاَيَعْرِفُوْنَ
مَعْنَاهَا
وَلاَ دَلِيْلَهَابَلْ
يُوَالُوْنَ
عَلَى اِطْلاَقِهَا
اَوْ يُعَادُوْنَ
مِنْ غَيْرِ
اَنْ تَكُوْنَ
مَنْقُوْلَةً
نَقْلاً صَحِيْحًا
عَنِ النَّبِىِّ
صَلَّى اللهُ
عَلِيْهِ وَسَلَّمَ
وَسَلَفِ مِنْ
غَيْرِ اَنْ
يَكُوْنُوْا
هُمْ يَعْقِلُوْنَ
مَعْنَاهَا
وَلاَ يَعْرِفُوْنَ
لاَزِمَهَا
وَمَقْتَضَاهَا.
رواه مالك. "Apabila (seseorang) kurang berilmu akan (mudah) menimbulkan perasaan
benci dan tuduhan salah (kepada orang lain). Dan jika pengetahuan tentang athar (hadith dan perbuatan sahabat)
hanya sedikit, akan ramai yang mengikut hawa nafsu. Berpunca dari yang demikian, akan engkau temui suatu kaum (kumpulan)
yang ramai mencintai (menyebelahi) kaum (kumpulan) yang lain hanya atas
dasar hawa nafsu (bukan atas dasar kebenaran al-Quran atau al-Hadith)
kerana tidak mengetahui (ilmu)nya dan dalilnya. Sedangkan mereka menyokong atau memusuhi (satu kumpulan) tanpa
mengikut (landasan) hadith yang sahih dari Nabi dan dari Salaf ummah ini,
mereka tidak mengetahui makna (al-Quran dan al-Hadith) dan tidak mengetahui
apa yang dikehendaki (oleh hadith) tersebut dan tidak tahu untuk mempraktikalkannya".
H/R Imam Malik.
Orang-orang yang mempunyai penyakit ragu-ragu, was-was dan buruk
sangka terhadap Allah dan terhaap ibadahnya, ia perlu segara meninggalkan
penyakit tersebut dan segera bertaubat.
Agar ia tidak berulang, maka perlu dirawat dengan ilmu agama terutama
ilmu akidah. Oleh itu setiap
mukmin sewajarnya menyebukkan dirinya dengan menuntut ilmu seperti menghadiri
majlis-majlis ilmu yang memperkatakan tentang agama.
Kerana hanya ilmu agama yang dapat merawat dan menyembuhkan penyakit
ragu-ragu, was-was dan buruk sangka. |
|||
Hak cipta terpelihara @ Ibnunaem 2002 |